Lebih daripada 100,000 ahli telah menyertai kami
Berganding bahu memperjuangkan kebajikan bekas pasukan keselamatan.
Senarai Pengerusi


Toh Johan Pahlawan
Haji Tan Check bin Mat Yati amn, amp, phk
Tahun 1955-1969

Tuan Haji Zaini Bin Haji Abdul Hamid
amp, ppt
Tahun 1980-1995

Ym ( B) Mejar Zulkifli Bin Raja Abu Bakar
Tahun 2000-2009

Prof Teoh Uat Lye
Tahun 2010-2014

Tuan Haji Hamzah Bin Haji Ibrahim
Tahun 2015-2019

Dr Teh Hong Ann
Tahun 2020-2025

Ahmad Zaki Ahmad Ibrahim
Tahun 2025
Tentang Persatuan BEKAS

Misi
Menjaga kebajikan dan kepentingan bekas anggota keselamatan, di samping memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Visi
Menjadi organisasi unggul dalam memperjuangkan hak dan kebajikan bekas anggota keselamatan negara serta menyumbang secara aktif kepada keselamatan dan keharmonian komuniti.

Pendaftaran di Bawah Ordinan Pertubuhan 1949
Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Ordinan Pertubuhan 1949, seperti yang direkodkan pada 19 Disember 1955.
Perisytiharan Penaung Diraja oleh DYMM Tuanku Ja’afar
(1992, Negeri Sembilan Darul Khusus)
Dengan limpah perkenan diraja, DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, telah berkenan menerima jawatan sebagai Penaung Diraja Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia.
Kelayakan Keahlian
- Pasukan Polis Diraja Malaysia
- Polis Khas
- Polis Tambahan
- Polis Simpanan
- Polis Hutan dan Polis Sukarela
- Askar Melayu Diraja Malaysia
- Tentera British (MOR)
- Tentera Darat , Laut dan Udara Diraja Malaysia
- Pejabat Imigresen Malaysia
- Sabah dan Sarawak Rangers
- Senoi Pra'ak
- Pasukan Askar Johor
- Tentera Wanita
- Pasukan Kawatan Kampung
- Tentera Tempatan atau Pasukan Polis yang telah dikerah Dan Relawan dan Relawati
- Pasukan dunia yang kedua , Balu dan Anak Ahli yang berumur 21 tahun ke atas
Perkhidmatan & Sokongan Kami

Kebajikan & Sokongan
Lawatan prihatin, bantuan perubatan dan kewangan kepada ahli.

Pengantara Veteran & Agensi
Bantu ahli memahami dan memohon faedah persaraan.

Platform Komuniti
Perjumpaan, sambutan, mesyuarat dan perkongsian pengalaman.

Surat Pengesahan
Untuk pengiktirafan rasmi, ganti dokumen dan cadangan kerja.

Khidmat Komuniti
Rondaan sukarelawan, lawatan warga emas, program keselamatan.

Acara Penghargaan
Upacara memperingati pahlawan dan penyampaian anugerah.